Selamat Menyambut Ramadhan
Posted

Ada seorang rakan meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat.
Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.
Solat itu tiang agama!
Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.
1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri
Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain.
Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga solat, saya sarankan untuk beli Kitab Fadhilatl Amal (Harga RM35 sebuah). Dalam kitab tersebut ada 1 bab khusus yang menerangkan tentang fadhilat-fadhilat solat. Antara yang diterangkan dalam Bab Fadhilat Solat ialah mengenai ;
Tidak ada cara lain untuk membasmi gejala maksiat zina ini melainkan kerajaan mengamalkan amar makhruf nahi mungkar. Tetapi ianya sudah pasti tidak akan dilakukan oleh kerajaan BN. Jadi untuk itu rakyat mesti menukar kerajaan yang ada sekarang dengan kerajaan PR yang Insya Allah akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah ini.
ALOR SETAR – Trend wanita berkahwin lewat pada masa ini didakwa meningkatkan risiko kelahiran anak yang cacat atau sindrom Down.
Penaung Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kebanyakan wanita kini sibuk menguruskan kerjaya sehingga semakin ramai mengambil keputusan berkahwin lewat.
“Kita kagum dengan kejayaan mereka tetapi kita juga risau kesan sampingan jika mereka kahwin pada usia lewat 30-an dan ke atas kerana risiko anak yang dilahirkan tidak normal adalah tinggi,” katanya.
KUALA LUMPUR: Kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia terus mencatat peningkatan dengan kekayaan mereka yang terkumpul bernilai RM156.7 bilion semalam atau 63 peratus lebih daripada RM96.3 bilion berikutan pemulihan dalam pasaran saham, demikian didedahkan hasil satu kaji selidik oleh Malaysian Business.
Bagaimanapun, menurut kenyataan hasil kaji selidik majalah itu yang dikeluarkan hari ini, kekayaan terkumpul mereka masih kurang daripada RM171.9 bilion yang direkodkan pada tahun 2008.
Penanda aras FBM KLCI telah meningkat 44.3 peratus sejak kaji selidik terakhir ketika masyarakat dunia berusaha bangkit semula berikutan krisis kewangan global.
Senarai penuh 40 orang terkaya dan maklumat mengenai kekayaan mereka telah diterbitkan dalam majalah itu dalam keluaran 16 Februari. Seperti tahun lepas, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai semalam.
Kaji selidik itu juga menunjukkan hampir separuh daripada senarai yang tercatat tahun ini melonjak 50 peratus atau lebih.
Ada lebih jutawan tahun ini iaitu 22 orang - lebih lapan orang berbanding tahun lepas.
Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya "Raja Gula" tahun lepas, masih mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.
Hartawan telekomunikasi Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan RM27 bilion.
Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion diikuti ahli perbankan terkemuka Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaannya berjumlah RM10.86 bilion.
Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan kekayaan bernilai RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya Tan Sri Lim Goh Tong.
Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki tempat keenam dengan RM7.09 bilion manakala Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary dengan kekayaan bernilai RM6.01 bilion, menduduki tempat ketujuh.
Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.
Lima muka baru dalam senarai itu ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun. - BERNAMA
Oleh:HambaAllah Assalaamu’alaikum w.b.t……. Subhanallah, satu lagi keajaiban telah ditunjukkan oleh Yang Maha mencipta. Di wilayah Dagestan, Russia, ada seorang bayi yang baru berusia 9 bulan, lahir bersama tanda lahir berupa ayat2 Quran dan hadith yang mengandungi nama Allah di bahagian2 tubuhnya. Pada mulanya keluar nama Allah di bahagian dagu sebaik sahaja budak lelaki itu lahir. Kemudian muncul pula ayat2 itu di bahagian belakang badan, lengan, kaki dan perut. Di bahagian kaki pernah tertulis yang bermaksud “Allah pencipta segala sesuatu”. Yang mengujakan lagi ialah, tanda2 itu sentiasa berubah2, 2 kali seminggu. Seperti muncul ayat lain pula menggantikan ayat yang sedia ada. Budak yang bernama Ali Yakubov itu akan merasa tidak selesa ketika perubahan2 ayat itu berlaku dan akan menangis dan suhu badannya akan naik. Pakar medik pun masih tidak dapat menjelaskan keadaan sedemikian. Walaupun begitu, mereka menafikan bahawa tulisan2 itu ditulis oleh manusia pada kulit. Ibunya yang bernama Madina, mengatakan bahawa mereka tidak yakin dengan agama Islam sebelum ini. Sehinggalah kepada kejadian kelahiran pada bayi mereka ini. SUBHANALLAH ……. “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap u***** dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar. Dan apakah Rabbmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” Surah Fushshilat : Ayat 53 ~ ~ hikmatun.wordpress.com
![]() |
| MASTURA bersama anugerah yang dimenanginya pada Majlis Konvokesyen UIA ke-25 di Gombak semalam. |
GOMBAK – Biarpun berkahwin pada usia 19 tahun dan masih menuntut di universiti, Dr. Mastura Mat Rosli masih mampu membahagikan masa dengan baik tanpa menjejaskan kerukunan rumah tangganya dan pelajaran.
Lebih menarik lagi, ibu berusia 25 tahun ini yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) semalam dinobatkan sebagai pelajar terbaik secara keseluruhan sempena Majlis Konvokesyen UIA ke-25 yang bermula semalam hingga esok.
“Saya bersyukur dengan apa yang diberikan dan diumumkan sebagai pelajar terbaik. Pengorbanan saya sebelum ini terbalas walaupun dalam masa lima tahun saya dan suami hanya berjumpa pada hujung minggu sahaja kerana saya berada di Kuantan, Pahang.
“Anak saya berusia dua tahun dijaga secara bergilir-gilir oleh keluarga saya, keluarga mertua dan pembantu rumah. Sekarang barulah dapat duduk sekali dengan suami selepas selesai pengajian,” katanya yang ditemui di sini, semalam.
http://ibnurrahmat.blogspot.com/
Sila Forward JAWATAN KOSONG INI......1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya. 

Gusar dengan sikap mahupun identiti diri si dia yang diketemu beberapa hari lalu? Atau masih mencari kebenaran dalam perhubungan yang baru terjalin? Itu antara masalah yang melanda segelintir kaum wanita hari ini.
1) HUBUNGAN HARMONI DENGAN WANITA
- Tanggungjawab yang perlu ditunaikan untuk mereka adalah setimpal dengan tanggungjawab yang wajib mereka tunaikan; firman Allah SWT:
“Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak)”
(al-Baqarah, 2: 228).
- Wanita sebagai pendamping yang memberikan ketenteraman dan kasih-mesra; firman Allah SWT:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (al-Rum, 30: 21)
- Interaksi yang baik dengan dorongan keyakinan kepada Allah SWT; firman Allah SWT:
“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka, boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (al-Nisa’, 4: 19)
- Wanita dan lelaki adalah sebagai pakaian untuk sesama mereka; firman Allah SWT:
“Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka..” (al-Baqarah, 2: 187)
- Kelazatan dunia yang terbaik adalah wanita yang baik; sabda Rasulullah s.‘a.w:
“Dunia adalah suatu kenikmatan, sebaik-baik kenikmatan dunia ialah wanita yang solehah..” (Riwayat Abdullah bin ‘Amr. Sahih Muslim)
2) BERLAPANG DADA TERHADAP WANITA
- Menerima jantina sebagai anugerah Allah SWT, firman Allah SWT:
“Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.” (al-Syura, 42: 49)
- Tidak perlu bermasam muka untuk menunjukkan rasa tidak puas hati. Allah SWT berfirman:
“Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.” (al-Nahl, 16: 58)
- Tidak semestinya boleh mendapat kepuasaan sepenuhnya daripada seseorang. Sabda Rasulullah s.‘a.w:
“Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah, jika ia tidak menyukai sebahagian perangainya, terdapat orang lain yang menyenanginya.” (Diriwayatkan daripada Abu Hurairah. Sahih Muslim, Musnad Imam Ahmad)
3) GODAAN WANITA!!!
- Keinginan dan kecenderungan terhadap wanita adalah suatu perhiasan. Firman Allah SWT:
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan…” (Ali Imran, 3: 14)
- Godaan wanita amat dahsyat. Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.” (Yusuf, 12: 28)
- Godaan wanita boleh mengundang padah. Sabda Rasulullah s.‘a.w:
“Tidak aku tinggalkan selepasku suatu fitnah yang lebih membahayakan lelaki daripada wanita.” (Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.‘a. Sahih al-Bukhari)
- Godaan wanita amat membahayakan sabda Rasulullah s.‘a.w:
“Dunia adalah manis dan menghijau. Sesungguhnya Allah memberikan tugas kepada kamu di sana kemudian Dia melihat bagaimna kamu beramal. Takutilah dunia dan takutilah wanita. Sesungguhnya fitnah yang pertama berlaku pada Israil adalah pada wanita.” (Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri. Sahih Muslim, Musnad Imam Ahmad)
- Doa menghadapi godaan wanita:
“Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya.” (Yusuf, 12: 28)
Muslimah Teladan - 1
Nusaibah menyaksikan hari peperangan Yamamah iaitu serangan ke atas golongan murtad yang merupakan detik yang sangat getir yang pernah ditempuhinya. Dia juga telah melibatkan diri secara langsung di dalam peperangan tersebut. Dia juga telah bersama dengan anaknya ‘Abdullah untuk membunuh Musailamah yang akhirnya menyebabkan tangannya terpotong di samping terdapatnya dua belas kesan luka.
Muslimah Teladan - 2
Di bawah bahang panas terik matahari mereka telah diseksa di Makkah. Apabila Rasulullah s.a.w. terlihat kejadian itu Baginda bersabda: “Bersabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya tempat yang dijanjikan untuk kamu adalah di syurga.” Akhirnya Sumayyah dibunuh dan tiada apa yang ia inginkan melainkan Islam manakala pembunuhnya ialah Abu Jahal yang telah menikam kemaluannya. Sumayyah antara tujuh orang pertama yang mengisytiharkan Islam di Makkah. Sumayyah ketika itu seorang tua yang tidak memiliki sebarang kekuatan. Abu Jahal yang langsung tiada perasaan kasihan belas sanggup membunuhnya meskipun dia seorang tua.
Muslimah Teladan - 3
Di dalam sirah Al-Halabiyyah 149/2: Sesungguhnya Ummu Kalsum binti ‘Uqbah bin Abi Mu’idh telah memeluk Islam di Makkah. Dia telah berbaiah sebelum Rasulullah s.a.w. berhijrah. Dialah antara wanita pertama berhijrah selepas hijrah dan beliau meninggalkan Makkah seorang diri, ditemani oleh seorang lelaki dari Bani Khuza’ah sehinggalah sampai ke Madinah.
Biarpun Hari Guru telah berlalu
Lewat mengucap “ Selamat Hari Guru”
Bukan bererti aku alpa terhadap jasamu sifu
Melonjak merubah membina arah tuju
Anak didik pejuang acuan restumu……..guru
Mudah-mudahan mengalir kebajikan yang kau curah lalu
Guruku…..
Berdiri aku bertongkat ilmumu
Menyambung titihan keringkat syahdu
Sulaman gaya, pendekatan aksimu ku tiru
Semoga muridku menjadi seperti aku
Kerana aku sepertimu… guru
Kalian dan aku bagaikan Satu
Aura ilmu dan kasih sayang itu jitu
Amanah agama dan Negara yang kita pacu
Guruku……
Maafku minta restu kupohon
Aku hargai belaian ilmu bertahun
Buat niat untuk segelintir sahaja disanjung
Guru lain hanya dipinggiran
Kau guru….tetap dalam ingatan
Sekadar mencoret kisah silam
Semuanya nostalgia untuk diambil pengajaran
Ustaz Syamsuddin Yunus,
Sudah lama pencen bekas penolong kanan
SMU(A) Al-Sabirin Ayer Lanas
Menjadi murabbi pengasas pusat pendidikan
Sudah menegur aku jadikan rujukan
Pelajar bermasalah tidak sekali dibuang
Amanah guru memberi didikan
Bukan hakim yang menjatuhkan hukuman
Itulah prinsip murabbi yang jadi sanjungan
Hasilnya,lahir ramai cendikiawan
Walhal Masa sekolah perangai macam setan
SELAMAT HARI GURU : iNGATAN tulus Ikhlas daripada warga pendidik
Cikgu Wan Ramli Wan Jusoh
Puluhan tahun berkhidmat, semangatnya tidak lusoh
Guru yang menukar watak aku yang kecoh
Tidur di kelas mengantuk lengguh
Arahan Cikgu Wan aku patuh
Pikul peta meleleh peluh
Malu dan bangga sering bergaduh
A1 geografi bukti singkat yang kuraih
Ustazah Rahmah
Guru aku ditingkatan Satu 1987
Soalan pertama adakah aku sudah sembahyang suboh
Ringkas mengajar mudah boleh
Lepas belajar hafalan dipilih
Mudah melekat diamal terus
Guru-guruku..
Masih banyak yang mahu kucoretkan disini
Namun masa,ruang seperti disakiti
Siang malam dicerita belum pasti boleh berhenti
Jasa masa pengorbanan usah dihisabi
Hanya mampu disemat dipasak jiwa
Selamat Hari Guru…..
Semoga guru terus senyum
Puas dalam mendidik kami
Salah silap kami mohon guru-guru abaikan
Kalian guru tetap bersemi kukuh dijiwa nurani
Doakan kami Berjaya pendidik juga murabbi
Syukran ustaz,syukran ustazah
Terima kasih cikgu, terima kasih permata pertiwi
Thank You teacher, I love you sir