Tautkan Ukhwah Kita  

Posted by: Bekas Pelajar SMU(A) Al-Sabirin, Ayer Lanas

Assalammualaikum

Ana dalam usaha menjejaki kembali seluruh pelajar, bekas pelajar,guru, kTBM dan seluruh warga SMU(A) Al-Sabirin Ayer Lanas. Melalui blog ini diharapkan seluruh warga Al-Sabirin yang celik IT agar dapat singgah di blog ini dan beriktimad bersama. Pada tahun 1995 kami telah menubuhkan Angkatan Siswa Siswi Al-Sabarin (ASAS) sebagai wadah bekas pelajar Al-Sabirin tetapi ASAS akhirnya terkubur setelah tidak ada penerusan daripada adik-adik selepas generasi kami. Kami tidak pasti apa lagi wadah yang digunakan oleh bekas pelajar Al-Sabirin untuk mengumpul dan menyumbang kepada pihak SMU(A) Al-Sabirin.

Blog ini diharapkan dapat mengumpul beberapa generasi Al-sabirin, seterusnya membentuk ikatan bekas pelajar yang dinamik, progresif dan cakna terhadap perkembangan pendidikan dan kebajikan khususnya di Jeli. Ana mengharapkan usaha ini mendapat sokongan dan dokongan daripada seluruh warga Al-Sabirin khususnya bekas pelajar.

Hamba yang dhaif

Mohd Zaidi Mustafa
Ketua Pelajar Al-Sabirin tahun 1993 dan 1994

This entry was posted on 1:21 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment